Tuesday 24 March 2020

TIPS PEMBELIAN RUMAH PERTAMA UNTUK ANAK MUDA

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni sis nak share tentang pembelian rumah pertama untuk anak muda. Semorang kata, gaji anak muda sekarang tak banyak mana, lagi lagi nak beli rumah. Tapi makin lama harga hartanah makin naik.confuse kan?




BENDA BASIC, ANDA KENA TAHU:KOS PEMBELIAN RUMAH
Mula- mula cuba buat anggaran harga rumah yang anda nak beli. 
Sebagai contoh, Harga rumah yang nak beli RM300,000 dan harga pinjaman perumahan RM270,000 ( 90% margin x harga rumah)

Tuliskan kos membeli rumah seperti berikut.

a. Deposit Rumah : 
10% x Harga Rumah RM300k= RM30,000
b. Yuran guaman SPA & Duti Setem : 
3-4% x Harga Rumah = RM9000-RM12,000
c. Yuran Guaman Loan & Yuran Penilaian Bank ( boleh dipinjam sekali dengan pinjaman perumahan) : 
2-3% x Harga Pinjaman RM270,000 = RM5400 – RM8100
Jumlah kos membeli rumah : RM44,400 – RM50,100
(credit: malaysiahousingloan.com)
Jadi... secara asas anda kena ada RM44,4000 dalam tangan sebelum berangan membeli rumah. WHATT?? banyakkan?
TAPI... anda nak tahu satu rahsia macam mana anak muda boleh beli rumah 0% deposit tanpa perlu kumpul puluh2 ribu?
So sebagai Perunding Hartanah berdaftar, sis nak share kepada anak muda, macam mana kita nak beli rumah pertama tanpa keluarkan duit sendiri. menarikkan?

1. BELI RUMAH KOS RENDAH

Rumah kos rendah tu seperti rumah teres murah, rumah flat, rumah pangsa, apartment, rumah lelong pun boleh. yang penting tak membebankan kita.

JANGAN TERUS BELI RUMAH IDAMAN. rumah idaman tu macam rumah banglo, ada halaman luas, bilik 4-5 bijik, luas untuk anak berlari-lari. KENAPA? sebab belum waktunya. Beli rumah yang kita mampu dahulu.

KEMUDIAN DECO CANTIK CANTIK
jom kita tengok rumah-rumah kos rendah tapi kita boleh deco nampak macam rumah mahal. tak percaya? tengok bawah ni.


rumah ni, owner deco guna barang barang IKEA dengan modal RM2000 sahaja. macam tak percaya kan?


yang ini pulak rumah flat


yang ini rumah landed tapi rumah kos murah


ini pula dapur orang bujang

(semua gambar sis google)

So, korang pun boleh buat rumah cantik-cantik macam ni. At least kalau nak jual balik pun rumah ni bila  ada emergency, senang nak jual sebab rumah cantik.

RATE RUMAH KOS RENDAH
DALAM RM100,000-RM299,000 (Ikut keadaan tempat, jenis rumah, market value & luas rumah).

Contoh: Rumah Teres 1 Tingkat di Rawang dengan harga RM220,000. Murah ke tak? sebab dia rumah landed dikira murah. ada tanah sendiri, tak perlu naik turun tangga, ada parking sendiri. & rumah tu bukan di area KL sebab tu harga rumah landed boleh dapat RM220,000.

Contoh: Kalau di Sentul, rumah apartment pun bermula dengan RM300,000 sebab tempat tu di area KL.So, rumah tu dikira rumah kos rendah jika harga rumah pada RM250,000-RM300,000. Tapi susah nak dapat tu. 


2. PEMBELIAN RUMAH SEBAGAI INVESTMENT / PELABURAN MASA HADAPAN

Kenapa perlu beli rumah? tak sewa je?
bila kita sewa, setiap bulan duit tu akan dapat ke pemberi sewa/ tuan rumah. Tapi bila kita beli rumah, duit tu seperti tabung kita. Duit bulanan kita tu bayar untuk rumah kita sendiri. Beza pembayaran bulanan rumah sewa & rumah yang kita beli tak jauh beza pun kawan-kawan.

Kenapa saya kata sebagai pelaburan masa hadapan? sebab jika tiba-tiba kita ada emergency antara hidup dan mati, memerlukan wang emergency RM100,000, dari mana kita nak dapat wang sebanyak itu? adakah kita nak minta pada saudara mara? 

Solusinya, kita boleh jual rumah ini sebab itu belum rumah idaman lagi. ianya rumah kos rendah yang telah kita renovate dan deco cantik-cantik. so boleh markup lagi harga sikit sebab kita dah deco cantik-cantik. dan market value sesebuah rumah tu naik dari tahun ke tahun. bila Bank pembeli dah bayar redemption kepada jumlah baki hutang rumah yang kita belum sempat bayar... kita akan dapat lebihan dalam RM50k-RM100k.(ikut situasi semasa).

InsyaAllah mudah jual. boleh jual fully furnish atau partly furnish. Boleh lantik Perunding Hartanah berdaftar untuk tolong jualkan.

3. ZERO (0%) DEPOSIT UNTUK RUMAH PERTAMA

Merujuk kepada Kos pembelian Rumah yang saya tunjuk di atas, sekurang-kurangnya anak muda kena ada 15% simpanan / duit dalam tangan sebelum membeli rumah. Tetapi melalui Skim Rumah Pertamaku, bank bank di Malaysia menyediakan loan penuh 100% untuk anda yang ingin memiliki rumah pertama.



Selalunya bila nak beli rumah, pembeli kena sediakan at least 15% daripada harga rumah. Untuk deposit rumah 10% dan bayar peguam 5% (lebih kurang). 

Contoh: untuk rumah RM300,000.. anak muda kena sediakan RM45,000 untuk beli rumah sendiri. seriuslah? ya serius. Entah 10 tahun lagi tak tahu lah dah ada ke belum RM45,000 tu.  Nak tunggu 10 tahun lagi harga rumah makin naik. Macam mana?

Sebab tu lah, Bank ada sediakan SKIM RUMAH PERTAMA KU. khas untuk anak muda. Zero 0% deposit, boleh dapat full loan. Maksudnya, tak perlu menunggu bertahun tahun untuk kumpul RM45k tu untuk membeli rumah. Bank tolong cover.

BANK ISLAM

Macam bank Islam, mereka sediakan 100% + 10% loan
cover harga rumah & MRRT (insurans rumah). Tapi yuran guaman dan Yuran untuk penilai akan ditanggung oleh pembeli. Jangan risau nanti saya share macam mana nak cover yuran guaman. Yuran Penilai tak mahal sangat. Ikut nilai market value rumah. Untuk rumah RM350,000 tak sampai RM1000 pun yurannya.


BANK RAKYAT

My 1st Home Scheme menawarkan pembiayaan bagi golongan muda untuk memiliki rumah pertama

@ atau
Pembiayaan-i / Pembiayaan Perumahan-i SJKP  Bank Rakyat dengan kerjasama SJKP memberi pembiayaan perumahan terbaik untuk membantu anda memiliki rumah idaman.

cover Sehingga 110% termasuk MRTT/Kos Guaman/ Kos penilaian

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga 40 tahun (mengikut tarikh kelulusan) dan tidak lebih 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
  • Permohonan boleh dilakukan secara individu atau bersama
  • Bagi permohonan bersama, hanya pasangan suami isteri dibenarkan
  • Syarat Pemohon terbuka kepada yang berpendapatan tetap atau tidak tetap dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam bulan di majikan yang sama.
  • Permohonan pembiayaan mestilah pembelian rumah pertama sahaja dengan tujuan untuk didiami atau diduduki

BANK MUALAMAT


Yang ini special buat anak muda yang bekerja sendiri tanpa slip gaji. Boleh mohon pembiayaan dari Bank Mualamat.

4. PERCUMA DUTI SETEM LHDN

setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi).

kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan?

Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN YANG MENCECAH RM6K tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA.

(credit: website irealty)


Duti setem LHDN ni ada 2 jenis.
1) pindahmilik
2) Financing of Loan (security)

DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK
Nilai hartanah
1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free)
2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya bayar baki setelah tolak diskaun)

contoh: 
1)Anda membeli rumah pertama dengan harga RM300k. jadi anda akan dapat pengecualian daripada membayar duti setem tersebut. Bermakna tidak perlu membayar apa-apa.

2) Jika anda membeli rumah pertama dengan harga RM350k, duti setem pindahmilik yang anda perlu bayar adalah RM6,000. jadi anda diberi diskaun hingga RM5k dan anda perlu membayar bakinya RM1,000 shj.

DUTI SETEM FINANCING OF LOAN
Nilai hartanah
RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free)
RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM1,500 (hanya bayar baki setelah tolak diskaun)

Jika anda membuat pinjaman perumahan, jumlah duti setem yang perlu dibayar adalah mengikut jumlah pinjaman yang diluluskan.jika anda membeli rumah secara cash, tak perlu membayar duti setem financing of loan ini.

syarat-syarat lain:
1) Pemberian rumah/tanah dari ibu bapa kepada anak: 50% diskaun
2) Suami isteri : Percuma
3) Rumah pertama-. RM300k kebawah: Percuma
4) Pembelian direct dari Pemaju Perumahan, rumah pertama bawah RM300k: percuma
5) Pengecualian ini bagi Perjanjian Jual Beli yang bertarikh 1/1/2019-31/12/2020

5. YURAN GUAMAN

Yuran guaman adalah tertakhluk kepada Solicitor' Remuneration (Amendment) Order 2017 . 



Yuran guaman ini juga boleh dimasukkan sekali dalam loan. Ikut situasi kemampuan kita. Jika kelayakan loan kita adalah cukup-cukup, boleh bayar guna duit sendiri. selalunya peguam akan minta legal fees sedikit demi sedikit. Oleh itu, anda tidak akan terbeban.

Yuran Guaman ni terbahagi kepada 2:
a) Legal fees 
b) Disbursement

LEGAL FEES
Legal fees ini tertakhluk kepada Solicitors' Remuneration (Amendment) Order 2017. yang mana legal fees ini memang dah ditetapkan oleh akta, bukan peguam saja-saja letak harga.Orang selalu tanya kenapa legal fees mahal. sebenarnya peguam itu memegang tanggjawab yang besar. Once peguam tu tandatangan sebagai saksi ke atas sesuatu perjanjian, jikalau apa-apa jadi peguam tersebut akan dipanggil ke Mahkamah walaupun selepas 10 thn peguam tersebut sudah tidak praktis sebagai seorang peguam.

DISBURSEMENT
Yang bahagian ini pula kos2  proses urusan documentation loan dan pindahmilik. Kos-kos yang perlu dibayar kepada bank, pejabat tanah, LHDN dan kos-kos lain.

Bagi anak muda yang nak beli rumah pertama, yuran guaman ni boleh masuk terus dalam loan atau anda nak bayar sendiri kepada peguampun boleh ikut keselesaan anda.

oleh itu,
NAMPAK TAK YANG ANAK MUDA BOLEH BELI RUMAH PERTAMA TANPA KELUARKAN APA-APA WANG? kalau tak faham atau ada benda anda nak tanya boleh contact kami ya.

untuk maklumat lanjut, boleh wassap kami -
011-10640676

Monday 24 February 2020

Resepi Daging Kurma Sedap

Hari ni nak share resepi daging kurma versi mak mertua saya. Saya ni jenis tak suka masakan kurma. Tapi bila makan yang mak mertua saya masak... Terpesona saya. Sedappppp tau.

So masa balik rumah ummi haritu ummi ajar cara masak Kurma Daging Ummi

Bahan bahan:
Daging
Bawang besar*
Bawang putih*
Bawang merah*
Halia*
Daun pandan
Santan
Susu pekat
Rempah kurma
Sedikit garam
Cili besar
Kentang

Cara masak:
1.  Dalam 3 sudu rempah kurma, bancuh dengan air panas dan ketepikan

2. Blander bahan * dan tumis menggunakan sedikit minyak.

3. Bila dah kuning, masukkan rempah kurma. Biar gaul gaul sampai minyak naik. 

4. Kemudian masuk daging, masuk air 2 cawan. Topup air hingga daging empuk..

5. Kentang potong 4 dan masukkan

5. Masukkan garam, susu pekat (tak perlu gula), santan dan pandan 

6. Potong cili besar besar dan masukkan dalam kuali sbg hiasan.

Siapppp

Monday 22 July 2019

CARA PERMOHONAN CHAMBERING

salam. hari ini rasa macam nak ajar step by step macam mana aku apply chambering hari tu (2017). So... here we go!

Research
benda pertama korang kena tahu, "aku nak buat kes apa".

1. General Litigation: Macam saman menyaman. Medical Negligent (hospital atau dokter cuai dalam buat kerja), langgar perjanjian... kalau gen. liti. banyak buat documentation. banyak sangat. basic dia macam yang kita belajar masa dalam Civil Procedure. haaa semua tu kita kena buat.
-notis tuntutan
-saman pemula/writ saman
-soc/affidavit
-bundle of pleading
-bundle of document
-isu-isu untuk dibicarakan/ fakta2 dipersetujui/ ringkasan kes
-Notis permohonan
-hujahan
-BOA

basically Gen. liti ni memang tertumpu pada documentation. documentation kau bagus, baguslah kes kau. sebab tu dari A-Z kena buat yang terbaik sebab akan effect kita punya kes.

2. Conveyancing: selalu uruskan permohonan pinjaman bank@LPPSA untuk perumahan, permohonan pesaka, kes-kes berkaitan dokumentasi hartanah, sediakan perjanjian Jual Beli, hibah, PA dll. Kalau convey ni banyak duduk office prepare dokumentasi semua. betul la orang kata convey ni memang tak pergi court pun. tapi banyak pergi pejabat tanah/LHDN.

nak buat convey kena teliti sangat. kena berhati-hati. nama satu huruf pun tak boleh salah, jarak pada tulisan pun kena sama. kerja kena kemas. banyak deal dengan Client. memang akan jumpa klient banyak songeh. Convey ni memang duduk office je tapi dia ada stress dia sendiri.

3. Criminal: macam biasa, kes-kes jenayah. kalau criminal ni tak banyak pun dokumen2 yang kena prepare macam sivil. basically, master akan suruh buat research, cari kes, buat memorandum rayuan, petisyen rayuan, hujahan. Criminal memang banyak pergi court dan dokumentasi dia simple.

kawan-kawan aku yang buat criminal, diorang banyak ikut master pergi court. lagi-lagi masa awal-awal sebelum short call tu, tengok je master kita bicara. sebenarnya bagus je kita tengok master kita kat court tu walaupun bosan, atleast nanti nak buat hujahan kita faham jalan ceritanya. aku jarang ikut master pergi court , aku sangat selalu buat hujahan tanpa tahu jalan cerita. so, terkial-kial la baca satu file tu balik.

tapi alhamdulillah, ok je semuanya,

4. Accident: Accident ni simple je. masa chambering aku tak buat langsung. Start jadi lawyer aku buat. Aku belajar sikit-sikit. Bagi aku accident ni menarik lah jugak untuk dipelajari. selalu kalau buat kes accident kita tak usik file file lain. Ikut firm tu macam mana.

-Banyak buat pengumpulan dokumen  macam medical report, polis document, JPJ search, Surat mati, slip gaji plaintif
-banyak reserach kes, Personal Injury Report, Compendium untuk check amount claim sesuatu kecederaan
-Buat Liability & Quantum, Notis 96, Opinion kepada pihak insurans
-dokumen-dokumen untuk bicara

bagi aku ok lah accident ni. Lagi lagi kalau kes settle. tak perlu bicara. sebab step dia sama je. so senang faham. lagi lagi kalau kita fokus accident saja.

5. KorpratKalau berminat nak buat kes berkaitan corporat/company ni better cari law firm area KL. sebab macam kelantan memang tak jumpa la kes corporate nya. Setahu aku Corporate Lawyer ni pun banyak duduk di office. so kalau jenis yang malas nak pergi court, tak nak pun jadi lawyer yang berlawan-lawan di court, boleh la jadi Corporate Lawyer.

6. Banking: kalau banking ni selalunya law firm tu jadi panel untuk sesebuah bank ini. so, kalau ada orang pinjam duit bank tapi tak bayar, bank akan arahkan law firm tu untuk hantar saman. kebanyakan kawan aku yang buat banking ni memang hari-hari atau memang selalu sangat pergi court, untuk JID, PSP, sebutan, lelong , bankrap dll
Banking pun buat step yang sama. cuma kalau ada isu, dia lain sikit.

7. Syariah (Bonus): Kalau firm tu ada syariah lagi bagus, sebab bonus untuk kita belajar. sepanjang aku chambering ni, aku dah buat kes cerai, harta sepencarian, ingkar pertunangan (kawin tak jadi) dll. Bonus sebab kita dapat belajar lebih. procedure dan sistem dia agak lain dengan sivil.

So, korang buat la research nak buat kes apa. cari la law firm yang buat kes yang korang nak tu.

Law Firm 


Macam mana nak cari law firm yang memerlukan chambering?

Kalau ada senior atau kawan-kawan yang dah lepas chambering, tanya direct je la mana law firm yang ok. PENTING tau tanya law firm situ ok ke tak. sebab kalau tak ok akan effect chambering kita, hidup kita selama 9 bulan. Selalunya senior-senior baru habis chambering selalu dapat wassap law firm yang memerlukan chambering.

ATAU

kalau tak  aku google je nama law firm yang buat kes yang kita nak. contoh kita nak buat litigation dan convey. search la "Firma guaman litigation Kota Bharu". ambik no tel office tu lepas tu call.

ATAU

Telefon state bar, kalau di kelantan, call Kelantan Bar. Kalau di selangor, call Selangor Bar. tanya firm yang ada vacancy untuk chambering. InsyaAllah membantu.

ATAU

korang bukak website Malaysian Bar, cari kat senarai Law firm tu. aku senaraikan lebih 10 law firm. aku cari tempat yang dekat dengan rumah dan at least ada 2 lawyer sebab aku tak nak firm kecik sangat. (Ini kelantan, 2 lawyer tu dah kira ok la tu).

lepas tu aku call satu-satu, tanya firm tu ambil chambering student tak? kalau dia kata ambil, terus tanya, situ buat kes apa & macam mana cara nak apply chambering. sebab lain firm lain caranya. dan semuanya yang aku tanya memang minta di emailkan resume & cover letter.


bila aku email itu ada yang 1-2 hari call aku dah panggil interview. ada yang aku email 2 minggu tak call-call. kalau ko jenis yang nak terus chambering, ko buat la follow up cemana. sebab kadang-kadang bos diorang tu tak sempat nak tengok resume. kadang2 tak masuk office. kadang2 tak perasan pun kat email tu ada resume kita. sebab tu kena follow up. banyak je aku email untuk apply chambering tapi diabaikan.


kalau law firm ni kita kena tahu la kalau firm tu buat criminal sahaja, kita akan belajar criminal saja selama 9 bulan. tapi kalau macm firm aku ada general liti, convey, criminal dan syariah., so banyak kes yang ko boleh belajar. sebab masa chambering ni la ko belajar satu-satu, nak explore ko minat nak praktis apa masa dah jadi lawyer nanti. sebab tu aku rekemen korang apply la dekat law firm yang buat pelbagai kes. in term of learning sangat bagus. awal-awal cakap dengan master "saya nak belajar semua kes sebab saya nak explore minat saya".

Elaun
elaun ni sesuatu yang wajib kita konsider gak. sebab kita nak makan, nak isi minyak memandangkan chambering ni memang banyak berjalan sana sini. Elaun ni tengok firm jugak. ada firm yang memang bagi elaun tinggi tapi kerja dia berlambak sampai ke malam. sampai sakit kepala. berasap je kepala tengok kawan kita chambering tapi rilex-rilex. yang penting kerja banyak, belajar banyak.

macam aku memang aku punya elaun standard. kalau macam Kelantan, elaun RM1000-1100 tu memang tinggi dah. kerja pun tinggi. standard di Kelantan RM500. ramai je kawan aku dapat RM500 ni. ada jugak lepas short call elaun naik, ada yang tak naik. Elaun RM300-RM400 pun masih ada OKKK di hujung tahun 2017 ni. kegawatan ekonomi sangat.

aku lepas short call tak naik pun elaun, tapi ada lawyer tu cakap dengan aku, kalau Master awak tu, elaun tak naik tak apa, yang penting belajar je dengan dia banyak-banyak. dia tu bagus tu. nampak tak? as long as master kita dah bagus, firm pun ok, staff ok, kita hidup bahagia selama chambering ni pun dah bagus. Kat KL aku dengar ada satu firm ni elaun RM500(KL kot bukan KLantan) tapi sentiasa berpusu-pusu budak nak chambering situ. tahu sebab apa? sebab master dia dan firm tu kebabom. satu Malaysia kenal. ilmu yang dia belajar dekat firm tu lagi bernilai dari elaun chambering dia tu.

tapi masa interview wajib tau tanya awal-awal:

1. Filing firm tanggung tak? kalau dia tak tanggung walaupun elaun tinggi better fikir balik sebab filing borang 6,7,8 memang mahal. RM 600 lebih.

2. Long call dia tanggung tak? Long call ni majlis bila kita dah habis chambering. kitaorang panggil kenduri long call. masa tu kita akan jemput lawyer, ibubapa dan siapa2 sahaja untuk datang kenduri kita di Mahkamah. macam acara makan2. selalunya kos long call ni RM 600 lebih jugak.

3. Travelling ke mana-mana (hantar surat, pergi court luar daerah dll) boleh claim tak?

4. Nanti kita akan buat kes apa. sebab kadang-kadang firm tu buat accident, criminal, convey tapi kita akan buat criminal sahaja selama 9 bulan. cuba deal cakap saya nak belajar semua sebab saya nak explore minat saya.
  
apa lagi nak cerita, nanti la sambung.


TIPS PEMBELIAN RUMAH PERTAMA UNTUK ANAK MUDA

ASSALAMUALAIKUM Hari ni sis nak share tentang pembelian rumah pertama untuk anak muda. Semorang kata, gaji anak muda sekarang tak banyak ...